Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Ya Allah Ya Rahman, semoga dengan asbab sumbangan kecil ku ini, engkau mendengar doaku agar ibu ku sembuh sepenuh nya dari penyakitnya, lalu jangan lah pula hatiku menyumbang hanya kerana menginginkan sesuatu doaku dimakbulkan dari Mu. Ikhlas kan hatiku menyumbang ini atas dasar ihsan ku terhadap hamba Mu yang lain. Ttpi jika ada sedikit bhgn utk ku, dgrkan lah doaku itu. Angkt lah doa ku. Aamiin2
1 orang mengaminkan doa ini