PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

17 jam yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan Dan terima kasih kpd semua penyumbang

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

18 jam yang lepas

Semoga dimurahkan rezeki, dijauhi penyakit2 yg merbahayakan, sihat tubuh badan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

18 jam yang lepas

Ya Allah, ampuni segala dosa-dosa kami.. kurniakanlah rahmatMu buat kami semua dn kami mohon husnul khatimah dlm pengakhiran hidup kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

18 jam yang lepas

Sumbangan ini saya infakkanjuga kepada ibu bapa saya dan isteri saya beserta kedua2 atuk dan nenek saya yang telah meninggal dunia. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROZIMAN BIN ABDULLAH

18 jam yang lepas

Sumbangan ini saya infakkan untuk Arwah Mak,Ayah dan kakak saya...semoga sumbangan amal jariah ini sampai kepada mereka. ABDULLAH BIN AWANG FAUZIAH BINTI HUSIN HASMAH BINTI ABDULLAH

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

18 jam yang lepas

Ya Allah, Selamatkan keluarga kami dari azab api neraka. Eratkan hubungan silaturrahim antara keluarga kami. Kurniakan kesihatan yang baik kepada semua keluarga kami. Cucuri rahmat keatas arwah ibubapa kami dan tempatkan mereka bersama2 para solihin. Aamiin...yra

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: