PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM DAN ASNAF AL INAYAH

Aktif sejak Nov 10, 2023

Tentang Penganjur

Rumah ini ditubuhkan kerana keprihatinan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan

Asnaf Al Inayah terhadap beberapa orang anak-anak yatim dan asnaf yang kurang

berkemampuan dan yang hanya dijaga oleh salah seorang samaada ayah atau ibu sahaja

kerana kematian ayah atau kematian ibu dan juga anak anak dari golongan miskin

Anak- anak yang seramai 20 orang pada awal tahun 2018, semakin gelisah apabila persekolahan

sesi 2018 tinggal beberapa hari lagi akan bermula. Sedangkan mereka tidak mampu untuk

membeli segala keperluan persekolahan seperti baju dan kasut sekolah apatah lagi duit

untuk membeli buku-buku sekolah pun mereka tak punya.

Pada masa inilah Petubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Al Inayah merasa

terpanggil untuk membantu lalu menubuhkan sebuah rumah amal demi untuk membela

nasib anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Di rumah inilah akan berlindungnya 20 orang

anak yang berasal dari pelbagai golongan. Mereka terdiri daripada anak-anak fakir miskin, yatim, piatu, anak-anak muallaf dan lain-lain.

Dirumah amal ini kami akan memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan dari segi kerohanian dan akademik kepada anak- anak fakir miskin, yatim, piatu dan muallaf. Pada masa yang sama kami juga menghadapi masalah dari segi penempatan yang sesuai untuk anak-anak ini. Oleh itu kami cuba mencari sebuah rumah yang sesuai namun agak sukar sebab ketiadaan dana yang cukup untuk bayar sewa. Namun dengan izin Allah SWT.

seorang hamba Allah bermurah hati memberi penempatan baru tanpa meminta sebarang

bayaran permulaan atau sewa bulanan. Oleh itu pihak kami telah memilih rumah yang

beralamat di Lot 10407 Lorong Melati Kampung Sijangkang pemberian seorang pemaju

perumahan untuk menempatkan anak-anak yatim dan asnaf yang kini berjumlah seramai 30

orang. Rumah Titian Kasih Al Inayah telah beroperasi sepenuhnya di alamat tersebut pada

1hb Mei 2018 dimana sebelum ini kami hanya tinggal di sebuah rumah teres yang kurang

selesa untuk penempatan anak-anak yang agak ramai.

Sebuah rumah yang kami namakan sebagai RUMAH TITIAN KASIH AL INAYAH ini merupakan sebuah rumah perlindungan kepada anak-anak yatim dan asnaf dan dikelolakan oleh Pertubuhan kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Asnaf Al Inayah, dan juga akan di daftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar mendapat kelulusan untuk menjadi sebuah pusat jagaan yang layak mengikut peruntukan dibawah Akta 1993.

Kami sangat bersyukur dan berterima kasih yang tak terhingga kepada keluarga yang berhati

mulia ini kerana kemurahan hati mereka memberi tempat perlindungan kepada anak-anak

yang kurang bernasib baik ini. Semoga Allah akan membalas segala kebaikan beliau

sekeluarga juga kepada penderma-penderma yang lain.

Demi untuk merealisasikan objektif penubuhan rumah ini kami memerlukan kerjasama dan

keprihatinan semua pihak. Oleh itu, kami berharap keprihatinan masyarakat sekeliling serta

badan-badan koperat agar dapat menghulurkan sumbangan dan bantuan demi untuk

memastikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini terbela dan seterusnya menjadi anak- anak yang soleh dan solehah serta berguna untuk agama, bangsa dan Negara. InsyaAllah. amin

...

No 8 Jalan Kayangan 6, Taman Kayangan Pelangi Height, Mantin, Malaysia
pertubuhankebajikananakanakyatimdanasnafalinayah@gmail.com
182153269

Senarai Kempen

Tiada kempen tersedia buat masa ini.

Bersama Aaminkan Doa Penyumbang

  • Hamba Allah

    31 minit yang lepas

    "Doakan sya cepat kahwin murah rezeki solat cukup 5waktu"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    49 minit yang lepas

    "Sembuhkan sakit ank2 ku dan diri ku"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    49 minit yang lepas

    "Sembuhkan sakit ank2 ku dan diri ku"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • MUHAMMAD IRWAN BIN ROSLAN

    1 jam yang lepas

    "Semoga arwah abah d tempat kan di kalangan arwah2 yg briman#AL-FATIHAH🤲🤲🤲"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    2 jam yang lepas

    "doa untuk arwah2 marnoto bn manukdin samadi bn thalib muhammad aliff bn mohd.erwan"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    2 jam yang lepas

    "Ok"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • KHAIRUNAZ

    2 jam yang lepas

    "Seniga murah rezeki, sihat dan dimudahkan urusan"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    2 jam yang lepas

    "Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt.. Aaamin "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    2 jam yang lepas

    "DOAKAN SY DAPAT LUNASKAN HUTANG PADA TAHUN INI DAN DIKURNIAKAN REZEKI YG BANYAK SEPERTI BUIH DI LAUTAN, SERTA WIFE SAYA INGIN MEMAKAI TUDUNG DAN DOAKAN ANAK SY SUPAYA SAYA MWNJADI ANAK YG SOLEH YG SEN..."