Keunikan MTSQM Yang Tiada Dia Maahad Lain.
Ramai yang tahu Maahad ni belajar Al-Quran, hafal Al-Quran, belajar Bahasa Arab.
Tapi, pernah nampak tak Maahad yang mengajar anak-anak mereka untuk menjadi seorang Daiâ dan mengajar tentang terjemahan dan tafsiran Al-Quran ketika masih muda.
Bukan belajar ilmu Al-Quran juga, MTSQM juga menghidupkan sukan sunnah seperti menunggang kuda dan memanah.
Jadi, MTSQM ingin mengajak anda semua untuk sama-sama menjaga dan menghulurkan sedikit sumbangan supaya mereka dapat terus mengajar dan beri keselesaan buat anak-anak ini.
Apa kata kita ambil peluang ini untuk bantu pihak Maahad Tahfiz Sahabat Al-Quran Malaysia untuk selesaikan urusan tanah dan pembangunan Maahad Tahfiz
Hamba Allah
Ya allah ya tuhan ku. Aku sedekahkan wang ini seikhlas hati semoga allah mudahkan urusan aku sekeluarga dan allah terima taubat ku serta perkenankan segala hajat yang ku pinta. Semoga allah terima amal ibadat ku. Dah kurniakan rezeki seluas luasnya. Amin.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Di hari Jumaat yang mulia ini, semoga kempen ini berjaya dilaksanakan hasil daripada bantuan dan sumbangan orang ramai. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik,diampunkan segala dosa serta kehidupan diberkati oleh Allah SWT.
1 orang mengaminkan doa ini