IHYA RAMADAN JEMAAH KAMPUNG RAYU NAIK TARAF SURAU AL ZAHARI

Dianjurkan oleh:
SURAU AL ZAHARI
Dimulakan pada:
21 Feb, 2025
IHYA RAMADAN JEMAAH KAMPUNG RAYU NAIK TARAF SURAU AL ZAHARI
100.82%
RM3,327
/RM3,300
162
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Bantulah jemaah surau beribadah dengan lebih selesa pada bulan Ramadan ini. Pihak AJK Surau akan memuatnaik perkembangan semasa dari sumbangan anda semua. Jom bantu!
Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, kami dari Surau Al Zahari ingin memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi tujuan baik pulih surau yang semakin uzur serta menyediakan jamuan b...
Bantulah jemaah surau beribadah dengan lebih selesa pada bulan Ramadan ini. Pihak AJK Surau akan memuatnaik perkembangan semasa dari sumbangan anda semua. Jom bantu!

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, kami dari Surau Al Zahari ingin memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi tujuan baik pulih surau yang semakin uzur serta menyediakan jamuan berbuka puasa untuk para jemaah. 

Keadaan surau yang uzur dengan bumbung bocor, sistem pencahayaan yang kurang baik, tiada langsir, tikar sejadah yang sudah lusuh, dan paip wuduk yang rosak memerlukan perhatian segera agar jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa. Selain itu, kami juga ingin meraikan masyarakat setempat dengan menyediakan juadah berbuka puasa agar lebih ramai dapat menikmati keberkatan Ramadan bersama-sama.

Sumbangan anda, walau sekecil mana pun, amat bermakna dalam usaha memastikan surau terus berfungsi sebagai pusat ibadah dan kebersamaan umat Islam. Dengan infak ikhlas daripada anda, kita dapat membaik pulih infrastruktur surau, menyediakan makanan berbuka puasa, serta memastikan lebih ramai golongan asnaf dan mereka yang memerlukan turut menikmati nikmat Ramadan dengan penuh kesyukuran.

Semoga setiap amal jariah anda menjadi bekalan pahala berpanjangan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Sebarkan kebaikan, gandakan pahala! 

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

24 Mar 2025

24 Mar 2025

22 RAMADAN

Berbaki beberapa hari lagi untuk Ramadan kian berakhir. Pihak surau ingin berterima kasih kepada para penyumbang yang masih membantu kami sehinggga ke hari ini. Berkat sumbangan anda semualah, dapat kami sediakan jamuan moreh kepada jemaah yang hadir ke surau. 

Teruskan menyumbang, mudah-mudahan sumbangan anda di bulan Ramadan yang mulia ini dibalas dengan pahala berlipat kali ganda dari Allah SWT. Jom kejar pahala 10 hari terakhir ini!

20 Mar 2025

19 RAMADAN

Alhamdulillah sehingga ke hari ini, kami masih mampu meneruskan Ibadah & menyediakan juadah moreh yang serba sederhana kepada para jemaah hasil sumbangan dari anda semua.

Teruskan menyumbang, mudah-mudahan sumbangan anda di Bulan Ramadan yang Mulia ini dibalas dengan Pahala berlipat kaliganda dari Allah SWT.

17 Mar 2025

15 RAMADAN

Alhamdulillah sehingga ke hari ini,kami masih mampu meneruskan Ibadah & menyediakan juadah moreh yang serba sederhana kepada para jemaah hasil sumbangan dari anda semua.

Teruskan menyumbang,mudah-mudahan sumbangan anda di Bulan Ramadan yang Mulia ini dibalas dengan Pahala berlipat kaliganda dari Allah SWT.

13 Mar 2025

11 RAMADAN

Alhamdulillah, dapat menyediakan jamuan moreh kepada jemaah yang hadir. Walaupun tidak mewah seperti di tempat lain, namun kami gembira dapat juga menyediakan juadah kepada mereka.

Jika tidak dapat mencapai sasaran kempen, cukuplah dengan kami dapat menyediakan jamuan berbuka, moreh, membayar upah imam dan bilal serta beberapa kelengkapan asas surau untuk Ramadan ini. 

11 Mar 2025

8 RAMADAN

07 Mar 2025

6 RAMADAN

04 Mar 2025

Alhamdulillah, kami telah memasang kipas yang baru hasil sumbangan anda semua. Terima kasih orang baik!

04 Mar 2025

2 RAMADAN

Alhamdulillah, rezeki moreh untuk jemaah yang hadir.

04 Mar 2025

Keadaan surau terkini.

Penduduk hadir untuk solat terawih dengan keadaan surau yang masih belum mencapai tahap selesa. 

Langsir dibawa oleh jemaah muslimah dari rumah untuk menutupi tingkap.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 30, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ BINA TELAGA AIR BAGI PENGHAFAL AL QURAN
SUMBANGAN AL QURAN UNTUK PELAJAR MAAHAD AL BAHJAH
DANA PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ DARUL IFTA WAL ISNAD
MENYANTUNI PELAJAR TAHFIZ MELALUI BANTUAN BAHAN MENTAH
PEMBELIAN KITAB DAN BUKU PENGAJIAN ANAK ANAK MADRASAH
Kempen Sumbangan Tamat